Yeah, hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sepanjang 2, 3 bulan sebelum berlangsungnya event ini kami telah pun mempersiapkan diri. Habis kulit kami. Tetapi kerana semangat yang berkobar-kobar kami telah korbankan keputihan kami demi office kami. Kami berempat telah memilih untuk mewakili futsal (Siti, Wani, As, Nadia), bola jaring (As, Nadia) dan bowling (Wani, Nadia). Namun begitu disaat-saat akhir jadual futsal dan bola jaring berlaku pertindihan masa. Kami terpaksa berkejar-kejar ke satu perlawanan yang diadakan dalam masa 1 hari!! Cuba bayangkan pada ketika itu perlawanan futsal ada 4 perlawanan dan bola jaring ada 5 perlawanan dalam sehari. Dan yang lebih memeritkan lagi padang kedua tempat terlalu jauh around 5km. Tuhan saja yang tahu keadaan kami ketika itu. Kami cuba berikan permainan yang terbaik walaubagaimanapun kami tewas. Sedih memang sedih tetapi kami akan laksanakan misi kami 2 tahun akan datang. Tunggguuuuu.....!!








0 comments:

Post a Comment