5 Januari 2010 - Ha, hari ni semua tak nak makan nasi. Setelah meninjau sekitar pejabat baru kami bergerak menuju ke tempat makan kami... KFC... Itupun setelah puas berfikir sebab masing-masing tak tahu nak makan apa. Jom Jimat Set D (Twister) dan Set B (Burger) dan 4 botol sos (masing-masing 1 botol sos) menjadi hidangan kami pada tengahari itu. Ini aje hidangan kami untuk hari ini....


Lama rasanya tidak publish post kat blog ni. Sempena tahun baru 2010 ni kitorang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga impian dan cita-cita semua akan menjadi iltizam untuk terus maju kehadapan. Pada 4 Januari yang lepas, kami lunch bersama Aishah and Misya. Rezeki murah hari tu. Misya dengan berbesar hati membelanja kami. Wow, ni yang kami sayang kak Misya ni. Terima kasih kak Misya. Lain kali kitorang ikut lagi korang berdua lunch... hehe...