Febuari 2009 yang lalu office kami telah mengadakan Family Day, Team Building dan Etiket Sosial dalam satu masa yang sama. Aktiviti ini telah diadakan di Pulau Pangkor. Sebanyak 2 bus dan 2 kenderaan pejabat telah digunakan untuk ke sana. Rasanya macam pergi bercuti. Cuma kami yang bujang ni tak dapatlah nak membawa keluarga. Kekurangan bajet. Walaupun begitu kami seronok kerana aktiviti sepanjang berada di sana memang menyeronokkan. Yang lebih menyeronokkan sehingga lutut pun koyak akibat terlalu seronok bermain futsal. Kami sempat juga bermain basikal round kawasan Pangkor. Seronok rasanya sebab dah lama tak naik basikal. Dan lebih seronok salah seorang dari kami baru nak belajar berbasikal. Huru-hara jugalah nak ajar 'dia' sebab risau banyak kenderaan lalu lalang. Kami sempat juga snorkeling di sana. Seronok tak terkata sebab dapat belajar snorkeling dan lihat ikan-ikan di bawah. Kami pun tidak tahu macamana nak gambarkan keseronokan kami tapi dengan kenangan dibawah ini mungkin segalanya terjawab... hehe....











0 comments:

Post a Comment