5 Januari 2010 - Ha, hari ni semua tak nak makan nasi. Setelah meninjau sekitar pejabat baru kami bergerak menuju ke tempat makan kami... KFC... Itupun setelah puas berfikir sebab masing-masing tak tahu nak makan apa. Jom Jimat Set D (Twister) dan Set B (Burger) dan 4 botol sos (masing-masing 1 botol sos) menjadi hidangan kami pada tengahari itu. Ini aje hidangan kami untuk hari ini....


Lama rasanya tidak publish post kat blog ni. Sempena tahun baru 2010 ni kitorang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga impian dan cita-cita semua akan menjadi iltizam untuk terus maju kehadapan. Pada 4 Januari yang lepas, kami lunch bersama Aishah and Misya. Rezeki murah hari tu. Misya dengan berbesar hati membelanja kami. Wow, ni yang kami sayang kak Misya ni. Terima kasih kak Misya. Lain kali kitorang ikut lagi korang berdua lunch... hehe...




Fuh, memang gempak sound dan visual dia. Terpegun dan terkesima ketika menyaksikan cerita ini. Dengan berbesar hatinya kitorang beri 4.5 bintang. Tahniah kepada penerbit 2012. Bila menyaksikan keadaan dunia yang musnah semuanya, terasa diri kita sebagai manusia terlampau kerdil. Percaya tidak, tak percaya pun tidak. Semua yang terjadi adalah ketentuan dari Nya. Kita sebagai umat manusia harus bersedia dari semua aspek. Agama, amalan dan ilmu. Sedar tak sedar masa semakin cepat melangkah ke hadapan. Dan kita tidak seharusnya leka dan alpa dalam menjalankan tugas kita sebagai manusia. Dibawah antara aksi-aksi kami sebelum melihat kemusnahan dunia.......

Frustrated sangat malam tadi sebab tak dapat tengok movie 2012. Beratur punya la panjang. Tup! Tup! Oh My Valentino!! Tiket sold out la. Kalau ada pun kena duduk seat sorang-sorang paling tepi. Tak mau la cek. Dengan iltizam yang kuat dan mendalam akhirnya kami memutuskan untuk menonton wayang 2012 pada 19 November 2009 keesokannya. Walaupun hakikatnya kami semua dah abis pitis.

So before kami balik, kami melepakkan diri di Oldtown. Konon nak makan ringan-ringan. Jaga kesihatan. Tapi banyak juga jenis makanan yang dimakan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kenyang! Alhamdulillah..... Sementara tak ramai lagi pengunjung Oldtown tu, kami bergambar di sekitar meja dan hidangan kami. Maklumlah itu adalah salah satu aktiviti wajib di masa lapang.

So 2012!!!!! Wait for us tonight!!!! Kami akan gegarkan pawagam malam ini.... See yeah!!!!