Puasa berakhir kini menjelma pula bulan Syawal. Tahun ini office kami buat sedikit kelainan. Kami mengadakan Jamuan Hari Raya kami di kawasan sebelah office. Kebiasaannya office akan buat di lobi mahupun di taman. Kami pula sibuk dengan tugasan masing-masing. Wani dan Siti sebagai emcee pada hari tersebut. Mereka ni cuma letih mulut untuk berkata-kata sahaja. Manakala As ketua yang menguruskan makanan. Pening kepala budak tu. Nadia pula freelance, membantu As merewang, mempersiapkan meja vip dan lain-lain. Selepas majlis berlangsung barulah terasa teramat yang letih sangat. Mungkin sudah lama tidak buat kerja berkejar-kejaran sebegitu. Tetapi apabila majlis sudah selesai kami mengurut dada tanda lega. Memang meletihkan tetapi seronok bergotong raya beramai-ramai. Inilah pengalaman merewang yang paling meletihkan tetapi menyeronokkan. Lepas ni kalau rewang untuk kenduri masing-masing dah okay kot? hehe...

0 comments:

Post a Comment